26 September 2020
  • 4:11 PM AL-KAFI #706 : HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ATAS TALIAN DAN PENYERAHAN KE DALAM AKAUN PEMBELI
  • 3:24 PM Hari terakhir PKP Fasa 3…
  • 4:05 PM Assalaamu’alaikum Dunia…
  • 12:30 PM Hello world!

Alhamdulillah terdetik untuk menghidupkan blog yang telah lama diwujudkan konon-kononnya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan netizen. Tetapi terhanyut dalam arus kehidupan sehingga ke saat ini. Bayangkan blog yang di’setup‘ pada tahun 2013 dan akhirnya pada tahun ‘Wawasan 2020’ barulah ada post sebenar yang pertama.

InsyaAllah akan mula mengaktifkan blog ini dengan harapan dapat berkongsi buah fikiran serta menjana pendapatan sampingan, dan mungkin juga untuk tuan-tuan dan puan-puan berikan maklumbalas supaya dapat ditambahbaik dan dikongsikan bersama dengan pelawat blog ini.

Kebetulan peristiwa terbesar pada tahun ini sedang berlakunya pandemik Novel Corona Virus 2019 (CoViD-19) dan Malaysia telah berada di dalam hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mohon doa semua agar Allah memberikan pengampunannya kepada kita semua dan menarik balik ancaman penyakit ini. InsyaAllah.

Mohd Faizul Aziz Kamil

Public Gold Dealer. Tech enthusiast. Interested in business, motivation psychology and networking.

RELATED ARTICLES
LEAVE A COMMENT