12 July 2020
  • 4:11 PM AL-KAFI #706 : HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ATAS TALIAN DAN PENYERAHAN KE DALAM AKAUN PEMBELI
  • 3:24 PM Hari terakhir PKP Fasa 3…
  • 4:05 PM Assalaamu’alaikum Dunia…
  • 12:30 PM Hello world!

Assalaamu’alaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) fasa ke-2 dan merupakan hari yang ke 28 sejak ianya bermula.

Saya telah memulakan post pertama setelah sekian lama pada 2 April lepas (hari ke 2 PKP fasa 2) dan senyap sehingga ke hari ini. Nampaknya saya mempunyai cabaran dalam disiplin dan pengurusan aktiviti. Mohon doa anda supaya kita jadi lebih hebat.

Banyak juga perkara-perkara yang membuka mata dan minda kita telah berlaku sepanjang PKP. Kebanyakannya menyentuh sikap kita sebagai manusia yang mempunyai pelbagai ragam. Apabila diuji, barulah timbul dan terkeluar apa yang tersembunyi dalam peribadi seseorang.

Ini sudah pastinya dapat menginsafkan kita bahawa betapa lemahnya kita sebagai hamba Allah dalam menghadapi ujian. DIharapkan kita dapat mengaudit diri sehingga ke saat ini, di manakah tahap kita dan jarak antara kita dengan Allah.

Walaubagaimanapun, banyak juga perkara positif yang dapat dipelajari. Kebersihan, kasih-sayang sesama umat manusia, kecaknaan, kebersamaan, pengorbanan, belas-ihsan dan pelbagai lagi. Ini semua dapat membentuk peribadi kita menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya… sekiranya kita ingin mengambil pengajaran.

Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan dan petugas-petugas frontliner dan seluruh rakyat agar dapat kita atasi dengan jayanya cabaran pandemik COVID-19 ini insyaAllah.

Mohd Faizul Aziz Kamil

Public Gold Dealer. Tech enthusiast. Interested in business, motivation psychology and networking.

RELATED ARTICLES
LEAVE A COMMENT